Wednesday, September 2, 2015

Negara Sabah atau Negeri Sabah - Persepsi dan Sejarah


Negara Sabah atau Negeri Sabah?




Di dalam Malaysia Agreement article 1 ada disebutkan :

The Colonies of North Borneo and Sarawak and the State of Singapore shall be federated with the existing States of the Federation of Malaya as the States of Sabah, Sarawak and Singapore in accordance with constitutional instruments annexed to this Agreement and the Federation shall therafter be called " Malaysia".

Malaysia Agreement bahasa Melayu :



Di dalam Malaysia Agreement bahasa Melayu menyebut :

     Tanah2 Jajahan Borneo Utara dan Sarawak dan Negeri Singapura hendak-lah di-sekutukan dengan Negeri2 Persekutuan Tanah Melayu yang ada sekarang sa-bagai Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura mengikut surat2 perlembagaan yang di-kembarkan kepada Perjanjian ini dan Persekutuan itu kemudian daripada itu hendak-lah di-namakan <>.

Jelas perkataan-perkataan ini sama ada dalam bahasa Inggeris atau Melayu menyebut Sabah itu ialah koloni jajahan British yang hendaklah disertakan / disekutukan bersama-sama negeri-negeri yang sudah ada dalam persekutuan Malaya semasa perjanjian ini dibuat & ditandatangani sebelum hari Malaysia 1963. Apa bila Sabah, Singapura dan Sarawak sudah disertakan, maka persekutuan itu dinamakan Malaysia. Persetujuan ini ditandatangani oleh wakil dari kerajaan UK, Ireland Utara, Persekutuan Tanah Melayu, North Borneo, Sarawak & Singapura.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat lapuran  pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Pada tahun 1879, Alfred Dent dan Overbeck, orang-orang yang menubuhkan Syarikat Borneo Utara British (British North Borneo Chartered Company) telah memohon Chartered of Corporation dari Queen Victoria Ratu England. Tahun 1881 permohonan itu diluluskan. 1888 North Borneo dijadikan wilayah protectorate British tetapi masih dalam pentadbiran British North Borneo Chartered Company. Kerajaan British hanya mengawal keselamatan,  pertahanan dan hubungan luar negara. Pada tahun 1946, North Borneo (Sabah) menjadi koloni jajahan British yang ditadbir sepenuhnya oleh kerajaan British.

British sama sekali tidak akan memerdekakan North Borneo pada 1963 jika tidak ada ura-ura, rancangan dan idea pembentukan Malaysia. Perang dunia kedua melumpuhkan ekonomi empayar British. Satu demi satu koloni British di seluruh dunia Seperti di Asia barat, benua Afrika dan Asia bangkit mendesak untuk dimerdekakan atas semangat nasionalisme. Ditambah dengan ancaman perang antara blok Soviet di Eropah dan ancaman komunis di Asia. Negara United Kingdom sudah tidak larat menjaga koloni-koloni jajahan British. Pembentukan Malaysia ialah satu jalan terbaik untuk British melepaskan North Borneo (Sabah). Mereka tahu sekiranya North Borneo dimerdekakan sendiri maka North Borneo akan terbabit dalam kancah perebutan wilayah Filipina dan Indonesia.
  

Apa kah maksud negara dan negeri

Pada masa kerajaan kesultanan atau empayar dulu tidak ada menyebut perkataan 'negara' untuk menggambarkan sebuah kawasan berdaulat. Bahasa melayu hanya menyebut 'negeri" untuk merujuk pada kawasan pemerintahan. Contoh negeri Melaka, negeri Acheh, negeri China, negeri Siam & negeri Johor. Perkataan 'negara' hanya terdapat dalam bahasa sanskrit purba & digunakan dalam karya-karya bahasa Sanskrit. Erti Negara didalam bahasa sanskrit ialah "bandar" atau "kejiranan". Pada masa yang lampau, kerajaan-kerajaan tamadun awal di India ialah kerajaan bandar atau city state di mana kerajaan itu terhad hanya dalam kawasan bandar, manakala kawasan luar yang menjadi jajahan ialah empayar atau naungan kepada kerajaan bandar itu. Salah satu kerajaan melayu kuno juga bernama Gangga Negara, di Beruas, Perak yang dikatakan bermula pada abad ke 2.

Setelah lama menggunakan perkataan 'negeri' didalam bahasa Melayu, maka apa bila timbul idea mengenai persekutuan yang diperkenalkan oleh tamadun barat pada abad ke 19, ahli & pakar bahasa melayu mula menggunakan perkataan 'negara' untuk menggambarkan sebuah kawasan pemerintahan yang mempunyai kuasa dan kawasan yang lebih besar.


Di dalam bahasa Inggeris, definisi negara terbahagi kepada 3 perspektif.

- Nation - negara dari segi budaya, bahasa & bangsa
- Country - negara dari segi geografi & bentuk muka bumi
- State - negara dari segi politik.


Perkataan "state" berasal dari bahasa latin: "status" maksud: keadaan, kedudukan atau posisi. Perkataan "state" kemudian diadaptasi kedalam bahasa perancis untuk maksud yang serupa.

"State" diberi definisi baru pada sekitar tahun 1300 untuk maksud organisasi politik dalam sebuah negara, atau dalam kuasa awam atau juga dalam kerajaan. Maksud untuk perkataan "state" berkembang kepada maksud: keadaan sesebuah negara, berkenaan dengan kerajaan atau kemakmuran pada akhir kurun 1300. Dari bahasa latin  "status rei publicæ" yang bermaksud keadaan atau kewujudan republik.

Tahun 1590, "state" memberi pengertian "untuk menetapkan kedudukan". Pengertian mengesahkan "kedudukan" itu diambil dari tanggapan "meletak" (placing) sesuatu ke dalam rekod.

Tahun 1774, pengertian "state"  kepada entiti separuh bebas dibawah kuasa federal, atau salah satu badan politik yang membentuk bersama menjadi repablik persekutuan. Koloni-koloni British di Amerika Utara sekali sekala dipanggil "states" sejak tahun 1630an. Perkataan "states" itu kemudian diguna pakai untuk nama negara Amerika "United States of America sejak tahun 1777. Frasa "State right " atau hak negeri disahkan pengertian itu dalam suasana politik Amerika pada 1798 dimana bentuk hak negeri itu telah direkodkan.

Pada tahun-tahun terawal kemerdekaan Amerika atau semasa masih dalam jajahan British, belum ada jalan raya atau media perhubungan di negara Amerika dalam 13 koloni British yang asal kemudian menjadi 13 negeri Amerika selepas merdeka. Perjalanan dari antara negeri ke negeri lain umpama bergerak antara negara ke negara lain. Berita yang mahu disampaikan dari ibukota mengambil masa seminggu atau berbulan untuk sampai ke penghujung sempadan negara Amerika.

Perkataan 'country' berasal dari bahasa perancis 'contree' yang juga daripada bahasa latin 'contrata' (terra) contrata - tanah berhadapan - atau contra (berlawanan). Perkataan itu dikecilkan maksud pada tahun 1520 sebagai kawasan luar bandar opposite kepada bandar, menggantikan perkataan 'land' dari bahasa Inggeris kuno (bahasa Anglo-Saxon).


Orang Norman dari Normandy Perancis menakluk England pada 1066. Orang Norman menggantikan raja kaum Anglo Saxon dan memerintah England. Orang orang Norman menjalankan urusan rasmi pentadbiran kerajaan England dalam bahasa Perancis dan Latin, mengenepikan bahasa Inggeris menjadi bahasa ketiga di England. Orang orang Norman membawa masuk beribu- ribu perkataan perancis ke dalam bahasa Inggeris termasuk lah perkataan "cuntree". Perkataan "country" itu kemudian digunakan untuk Scotland, Wales yang kerajaan digabungkan dalam gabungan United Kingdom bersama England pada 1707.

Nama "country" diguna untuk merujuk pada Scotland dan Wales sebab kerajaan itu terletak dipinggir England. Perkataan yang pada awalnya diguna untuk menggambarkan kawasan atau daerah di luar kota oleh pemerintah Norman yang memerintah England, kemudian beransur-ansur berubah maksud perkataan itu kepada kerajaan lain di sempadan England.


Hari ini masih terdapat frasa seperti "country home" "yang menggambarkan rumah diluar bandar atau pedalaman. Maksud perkataan "country" pada era pemerintahan Norman (yang memperkenalkan perkataan itu) ialah mengenai kawasan kawasan berhadapan dengan bandar iaitu pedalaman, luar bandar atau di penghujung kawasan pemerintahan, yang mempunyai budaya & bahasa berbeza.

Pada abad ke 13 England, golongan pemerintah England ialah bangsa Norman Perancis yang rata-rata tinggal di bandar sebagai pemerintah manakala orang-orang bangsa Anglo Saxon tinggal di luar bandar sebagai petani dan buruh. Orang-orang Perancis Norman menulis dalam kronikel berbahasa perancis yang menggambarkan petani atau rakyat biasa yang terdiri dari bangsa Anglo Saxon sebagai "peasant of the country" yang membawa maksud petani rakyat biasa yang tinggal di luar bandar atau pedalaman. Pada abad ke 15 pengaruh Norman sudah semakin meresap dan ber-asimilasi ke dalam budaya & bahasa kaum asal Anglo Saxon (English) membentuk bangsa Inggeris yang baru. Bangsa yang akan bergabung dengan kerajaan Scotland Serta Ireland menjadi negara United Kingdom yang kemudian mempunyai koloni koloni jajahan serta naungan di seluruh dunia pada abad ke 18.

Sebelum wujudnya kerajaan demokrasi repablik moden, nama untuk merujuk pada status sebuah negara pada masa dahulu dalam bahasa Inggeris ialah "kingdom" sebab bentuk kerajaan pada masa dulu yang berupa sistem pemerintahan beraja. Perkataan kingdom berasal dari bahasa Anglo Saxon "cyningdōm".  Anglo Saxon ialah puak puak penakluk dari Jerman yang menakluk England pada abad ke 5 menghalau puak asal Breton Celt ke Wales. Anglo saxon ialah leluhur kepada orang bangsa Inggeris. "Kingdom" juga diguna dalam bahasa Inggeris untuk merujuk pada negara negara di luar England. Disebabkan kingdom atau kerajaan di luar England itu (negara-negara Eropah lain) juga punya budaya dan bahasa berbeza serta berada jauh dari England, maka perkataan "country" yang diterap oleh penakluk Norman Perancis di England, mula digunakan dalam penulisan bahasa Inggeris untuk menggambarkan kata erti "negara" pada kerajaan-kerajaan asing.

Countries Of United Kingdom

Pada tahun 1707 semasa Act of Union dimeterai antara England dan Scotland, belum ada negara demokrasi repablik moden di dunia pada masa itu. Sejak dari tahun itu sehingga hari ini Scotland, Wales, North Ireland masih di gelar dan dirujuk sebagai "country" oleh British Standard (Royal Charter) dan UK Office for National Statistic. Walau pun dirujuk sebagai "country" tetapi England, Wales, Scotland dan North Ireland tidak tersenarai dalam ISO International Standard Organisation of listed countries sebagai negara tetapi  ISO menakrifkan England, Scotland, Wales dan North Ireland sebagai "province" (wilayah) di dalam negara United Kingdom.


Perkataan negeri atau negara itu berlainan maksud dari bahasa melayu kepada bahasa Inggeris mengikut perspektif atau pandangan yang berbeza. "Negara" yang dimaksudkan dalam bahasa Melayu moden ialah satu kawasan yang besar diperintah oleh satu kuasa berdaulat & tidak ada kuasa lain yang memerintah di negara itu juga pemerintah kawasan itu tidak dibawah kuasa negara luar. "Negeri" dalam bahasa melayu moden bererti satu kawasan yang ditadbir oleh pentadbiran tempatan tetapi berada dalam kuasa  kerajaan persekutuan dan boleh ditakrifkan sebagai semi autonomous.

Tidak ada perkataan 'state' atau negeri yang digunakan untuk kawasan kawasan pentadbiran seperti di Philippine atau Indonesia sebaliknya digunakan perkataan province di Filipina dan provinsi di Indonesia walau pun kawasan itu ialah semi autonomous di tadbir pentadbiran tempatan. Province maksud satu kawasan yang disatukan ke dalam satu negara atau empayar.

Walau pun Indonesia menggunakan "provinsi" untuk wilayahnya, tetapi didalam bahasa Indonesia perkataan English "state" dimaksudkan "negara bagian" dan sering kali merujuk negara federasi di luar negara itu mempunyai negara-negara bagian. Perkataan 'negara bagian' itu bukan bermaksud sebuah negara yang satu tetapi ialah negeri-negeri yang bergabung didalam satu federasi (persekutuan). Didalam maksud perkataan "negara bagian" itu ia diertikan sebagai provinsi sama seperti wilayah provinsi di Indonesia. Media Indonesia sering menulis dalam bahasa Indonesia mengenai negara Amerika yang mempunyai 50 negara bagian dan Malaysia yang mempunyai 13 negara bagian.   

Sabah Bukan Koloni Malaysia

Sabah pada hari ini bukan lah koloni Malaysia tetapi adalah salah satu negeri dalam persekutuan Malaysia. Sabah mempunyai wakil didalam Parlimen Malaysia. Penduduk Sabah boleh mengadu, menyuarakan pendapat dan sama-sama membentang rang undang-undang di dalam Parlimen Malaysia. Berbeza dengan koloni ia tidak mempunyai wakil di parlimen. Sebaliknya koloni ialah jajahan wilayah yang tidak punya hak dan suara di parlimen. Satu contoh antara sebab-sebab Amerika menuntut kemerdekaan dari British ialah kerana tidak ada wakil dari koloni British di Amerika yang dilantik menjadi wakil didalam parlimen British di London. "No taxation without representation"  ialah satu slogan ringkas asalnya di Amerika semasa dekad 1750an dan 1760an mengenai rungutan penduduk 13 koloni British di Amerika. Pendek kata, ramai penduduk jajahan British di Amerika percaya, disebabkan mereka tidak diwakili secara langsung dalam Parlimen Britain yang jauh di London, mana-mana undang-undang British luluskan yang mempengaruhi wilayah koloni seperti Akta Gula dan Akta Stem (Sugar Act and Stamp Act) adalah menyalahi Undang-undang Hak 1689 (Bill Of Right 1689), dan adalah satu penafian hak mereka sebagai orang Inggeris.


Koloni North Borneo (Sabah) semasa pemerintahan North Borneo Chartered Company dan semasa pemerintahan British tidak mempunyai wakil dalam Parlimen British. Penduduk North Borneo tidak punya suara dan hak dalam Parlimen kerajaan British. Penduduk North Borneo tidak punya hak untuk mentadbir tetapi sebaliknya North Borneo di tadbir dan diketuai Governor sebagai wakil kepada Baginda Ratu England serta barisan kabinet dari rakyat United kingdom sebagai penjajah North Borneo. Penduduk North Borneo tidak ada hak untuk mengundi, memilih perdana menteri United Kingdom. Tidak ada hak untuk mengundi parti politik yang akan memegang tampuk kerajaan Britain. Tdak ada hak untuk menghantar wakil ke persidangan Parlimen British di London.

   

Yang Dipertuan Negara

Ayat Yang Di-Pertua Negara itu kalau diterjemah ke bahasa Inggeris akan menjadi maksud "He who is Lord" atau maksud melayu "Dia yang seorang Tuan". Ayat itu digunakan untuk menggantikan nama jawatan Governor dari semasa zaman penjajahan British. 'Negara" yang dimaksudkan dalam ayat itu bukan lah menunjukan status pentadbiran tetapi lebih merupakan satu gelaran istiadat tertinggi yang mengangkat darjat orang yg dilantik lebih tinggi daripada rakyat biasa sebagai ketua kerajaan dan rakyat. Perkataan "negara'' dalam ayat Yang Di Pertuan Negara ialah simbolik kepada sesuatu yang besar untuk mengangkat darjat martabat kepada status yang lebih tinggi dari rakyat biasa. Sebagaimana yang kita tahu bahawa perkataan "negara' itu baru saja digunakan oleh pakar bahasa melayu untuk menggambarkan sebuah kawasan yang luas dan kuasa yang besar.

Di Negeri Sembilan nama Yang Di pertuan Besar sudah lama digunakan sebagai gelaran untuk raja yang memerintah 9 luak yang bersatu menjadi negeri Sembilan. Dapat lah kita fahami bahawa "Besar" dalam ayat itu mempunyai maksud yang sama seperti "negara" seperti ayat Yang Di Pertuan Negara".

Negeri Melaka yang dijajah British tidak mempunyai Sultan atau raja sejak dikalahkan Portugis pada 1511. Jawatan pentadbir masa penjajahan British ialah Governor yang juga mentadbir Pulau Pinang, Melaka dan Singapura dibawah satu pentadbiran iaitu Negeri-negeri Selat atau Straits Settlement dibawah pentadbiran British East India Company. Pada tahun 1867 Singapura menjadi koloni British (crown colony) yang diperintah terus oleh kerajaan British. Tahun 1948 negeri Melaka dan Pulau Pinang kecuali Singapura. menjadi negeri di dalam persekutuan Tanah Melayu. Gelaran Governor ditukar kepada bahasa melayu Yang di Pertuan negeri untuk negeri Pulau Pinang dan Melaka manakala gelaran  Yamtuan Besar atau Yang Dipertuan Besar pula untuk Negeri Sembilan. Negeri-negeri lain pula seperti Johor, Pahang, Selangor, Perak, Terengganu, Kedah, Perlis dan Kelantan masih mengekalkan gelaran Sultan untuk ketua negeri, gelaran yang sudah sedia ada sejak ratusan tahun dulu untuk ketua kerajaan negeri melayu Islam di nusantara.

Pada tahun 1959, berikutan semakan kepada Perlembagaan, Singapura dibenar membentuk kerajaan sendiri. Jawatan istiadat Yang di-Pertuan Negara menggantikan gelaran Gabenor Singapura sebagai wakil British di Singapura. Governor British terakhir di Singapura Sir William Allmond Codrington Goode, berkhidmat sebagai Yang di-Pertuan Negara dari Jun 3, 1959, sehingga December 3, 1959. Yusof Bin Ishak menggantikan Sir William pada 1959. Walaupun gelaran itu mempunyai pengertian literal sebagai ketua negeri, Yang di-Pertuan Negara dalam perlembagaan hanya bertindak sebagai (de facto) viceregal (wakil/wizurai) kepada Ratu British di Singapura, yang serupa dengan Governors-General of Commonwealth realm. Baginda Queen kekal de jure (hak) sebagai ketua negari Singapura  sehingga September 16, 1963.
Gelaran itu kekal semasa Singapura menjadi negeri dalam persekutuan Malaysia pada 1963 dan pemegang jawatan itu bertindak sebagai wakil viceregal (wizurai) kepada Yang dipertuan Agong. Gelaran Yang dipertuan negara diubah kepada President apa bila Singapura Keluar dari persekutuan Malaysia.


Plak perasmian bangunan mahkamah tinggi Kota Kinabalu


Gambar plak ini yang berbahasa Inggeris ada terpampang ayat "Yang Di Pertua Negara of Sabah". Kenapa tidak ayat itu ditulis "Yang Di Pertua of Negara Sabah" tetapi sebaliknya ditulis Yang Di-Pertua Negara of Sabah. Kenapa ditambah perkataan "of" dari bahasa English ke dalam ayat itu? Bahasa English yang digunakan kerajaan Sabah pada dekad 1960an bukan lah bahasa pidgin ataucreole English (bahasa Inggeris campuran Asia) akan tetapi menggunakan bahasa English standard.  Yang Di-Pertua Negara ialah gelaran protokol yang rasmi dan sudah tentu gelaran itu tidak diterjemah ke bahasa Inggeris. Jika di terjemah maka ia akan bermaksud "He (Tun Pengiran Haji Ahmad) Who Is The Lord Of Sabah". Bukan status "negara" sabah yang mahu ditonjolkan dalam ayat itu tetapi gelaran Yang Di-Pertua Negara jawatan Governor negeri Sabah yang disandang oleh Tuan yang Terutama Tun Pengiran Haji Ahmad Raffae Din Orang Kaya-kaya Pengiran Haji Omar. (Orang Kaya-kaya OKK ialah gelaran kepada Pengiran Haji Omar ayahanda kepada Tun Pengiran Haji Ahmad Raffae). Gelaran Yang Di-Pertua Negara itu sebenarnya bukan lah untuk menunjukkan status "Negara" untuk Sabah tetapi untuk gelaran protokol yang menggambarkan taraf status dan keunggulan orang yang dilantik sebagai head of state atau ketua negeri Sabah. Gelaran Yang Di Pertua Negara itu sebenarnya ialah gelaran untuk jawatan Governor dan hampir setaraf seperti raja atau sultan. Gelaran Yang Di-Pertua Negara ditukar Yang Di-Pertua Negeri pada 1976 untuk keseregaman dengan gelaran Governor lain seperti di negeri Melaka dan Pulau Pinang serta Sarawak. Pada tahun 1976 jawatan Yang Di-Pertua Negeri disandang oleh Tuan Yang Terutama Tun Mohd Hamdan Abdullah (Indan Kari). 

Malaya ialah nama yang diberikan oleh British kepada Persekutuan Tanah Melayu sejak British mula bertapak dan mengembangkan pengaruh di kawasan pemerintahan raja-raja Melayu. Disebabkan pelat lidah orang British menyebut "Melayu" maka ia menjadi sebutan "Malay" (me-ley). Kerajaan -kerajaan Tanah Melayu pula di gelar "Malaya" oleh orang-orang British. Kalau India dikenali "British India" pada masa penjajahan dulu, kerajaan-kerajaan di tanah melayu pula yang berada dalam pengaruh dan penjajahan British dikenali sebagai "British Malaya".

Didalam Malaysia Agreement, setelah negeri Sabah, Sarawak dan Singapura disekutukan bersama negeri-negeri dalam persekutuan Tanah Melayu (Malaya) maka ia akan dinamakan Malaysia. Ramai yang tidak faham apa kah itu persekutuan Malaysia. Ada yang berfikir persekutuan Malaysia ialah negeri Selangor atau Johor atau pun Perak yang mentadbir Malaysia. Tanggapan itu salah. Sebenarnya negeri negeri itu tidak punya kuasa dalam pentadbiran kerajaan Malaysia. Kerajaan persekutuan ialah satu entiti pemerintahan pusat yang mentadbir persekutuan iaitu perikatan antara negeri negeri dalam Malaysia dan  ditadbir oleh jemaah menteri-menteri persekutuan. Kerajaan Malaysia diketuai oleh Yang Di Pertuan Agong dan Perdana Menteri. Kerajaan persekutuan umpama penjaga atau ketua kepada satu persatuan, penjaga yang menjaga kebajikan dan memimpin ahli persatuan ke arah kemajuan dan kemakmuran. Ibarat ibu bapa yang memimpin anak anak dalam satu ikatan keluarga. Parti yang menang majoriti untuk kerusi parlimen boleh membentuk kerajaan yang akan memerintah kerajaan persekutuan. Di dalam kerajaan persekutuan kebanyakan Menteri dilantik berasal dari semua negeri dalam Malaysia.

Persekutuan ialah satu perkongsian. Setiap negeri didalam persekutuan Malaysia berkongsi satu kerajaan persekutuan seperti berada di dalam sebuah keluarga. Setiap negeri dalam Malaysia menyumbang untuk kemajuan negara persekutuan Malaysia dan kerajaan persekutuan mempunyai tanggung jawab yang wajib untuk memakmurkan serta memimpin negeri negeri di dalam persekutuan atau persyarikatan Malaysia. Itu lah yang dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin terdahulu yang bersetuju untuk menandatangani perjanjian Malaysia pada tahun 1963. Jangan lah dipertikaikan sama ada mereka itu ditipu untuk menandatangani perjanjian Malaysia 1963, Mereka ada lah orang-orang yang bijak dan cerdik serta tahu penggabungan ke dalam persekutuan Malaysia ialah keputusan yang terbaik untuk rakyat North Borneo pada masa itu mengikut keadaan suasana politik pada masa itu.  Tetapi walau pun dipersetujui masih ada syarat 20 perkara yang mesti dipersetujui oleh semua pihak sebagai 'safe guard' untuk Sabah sebelum pembentukan Malaysia termeterai.

Credits to - http://negara-sabah.blogspot.com/

Monday, June 23, 2014

Ok secara ringkasnya GST atau Goods and Services Tax ini adalah CUKAI.

Cukai apa?

GST adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. 

Bagaimana cukai ini dikutip?

GST dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa cukai.


Siapa yang kutip GST?

Lazimnya, pembekal atau penjual boleh mendaftar untuk mengutip GST

Faham tak? Kalau masih tak faham mari kita baca full artikel daripada http://pmr.penerangan.gov.my. di bawah ini.



Apa itu GST?

VAT/GST diperkenalkan di Perancis pada 1954 oleh Maurice Lauré, untuk mengganti sistem yang sangat bergantung kepada cukai yang tidak menentu berdasarkan jualan bagi menyeimbang dengan sistem cukai pendapatan yang tidak begitu berkesan.

Kini 138 negara melaksanakan Value Added Taxes (VAT) sementara beberapa negara – terutama US, mengenakan cukai jualan, biasanya cukai pada satu aras sahaja diperingkat runcit. Dalam hamper semua negara cukai-cukai ini adalah sama ada penyumbang terbesar atau penyumabang kedua besar kepada peroleh negara.

GST atau dalam Bahasa Inggeris Goods and Services Tax adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.

GST adalah cukai penggunaan dan ia berasaskan konsep nilai ditambah. GST dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa cukai. Lazimnya, pembekal atau penjual boleh mendaftar untuk mengutip GST jika jumlah jualan tahunan bagi produk atau perkhidmatan yang dibekal melebihi jumlah tertentu yang ditetapkan.

GST diambil kira dalam setiap tahap urus niaga. Jumlah jualan barangan dan perkhidmatan (dikenali juga sebagai bekalan) merupakan jumlah nilai yang diterima oleh organisasi perniagaan (tidak termasuk GST) ke atas semua aktiviti yang dicukai.

Aktiviti yang dicukai merangkumi aktiviti yang dijalankan secara berterusan. Organisasi perniagaan yang berkenaan hendaklah membekal (atau bersetuju untuk membekal) barangan atau perkhidmatan kepada pengguna sama ada untuk tujuan mendapat untung atau tujuan lain seperti aktiviti perdagangan, pembuatan, kerjaya, persatuan atau kelab.

Harga bekalan yang dijual ditetapkan selepas mengambil kira GST. Organisasi perniagaan juga boleh menuntut kredit cukai bagi setiap GST yang telah dimasuk kira dalam bekalan yang dibeli untuk tujuan mengendalikan perniagaan. Kredit cukai ini dikenali sebagai “kredit cukai input”.

Friday, August 30, 2013

Lagenda Trafik Jem Paling Lama..


Saya tahu kebanyakkan daripada kita menempuh jem tiap2 hari sama ada nak pergi kerja atau balik kerja. Tapi paling lama jem tu pun xlebih 5 jam kan dan xpanjang sangat. Ikuti kisah jem paling lama dan paling panjang ini.

1)-Trafik Jam Paling Teruk & lama Di Dunia

Trafik Jam ni berlaku di China pd 14/08/2010 melibatkan Highway 110(G110),iaitu laluan Rentas Tibet Beijing dan Susur ke laluan ke Monggolia,Kesesakan berlaku sejauh 90 km


Gambar dri Udara pada Permulaan Kesesakan lalu Lintas

Trafik Jam ni berlaku di China pd 14/08/2010 melibatkan Highway 110(G110),iaitu laluan Rentas Tibet Beijing dan Susur ke laluan ke Monggolia,Kesesakan berlaku sejauh 90 km

Fakta Menarik Tentang Kesesakan Lalu Lintas ni:
1)Kenderaan Terperangkap Selama 11 Hari dan kesesakan Lalu lintas blaku selama 13hari
2)Kerosakan Jalan Raya yang Berlaku memburukan Keadaan
3)Dalam Kesesakan ini purata kereta bergerak 1Km setiap 5 hari.
4)Rmi penduduk setempat menjual makanan dan keperluan harian kepada pengguna lalu lintas selama 11 hari itu(sama ada menjaja atau mnejual ats basikal)
5)Harga Air,Rokok dan Makanan dijual pd harga 8-10 kali ganda dpd biasa
6)Jalan Raya menjadi tmpt pkampungan sementara..
7)Sebotol 600ml air RO dijual pd harga 10 Yuan(RM 5.50)
8)Polis dan pelbagai agensi turun bg mententeramkan keadaan dan memastikan xtjd rusuhan..


Fakta berkaitan:
1)China adlh negara dgn penambahan kenderaan persendirian terbesar di dunia dgn 17% setahun


2)Highway G110 adlh antra yg mencatatkan ptambahan jumlah pengunaan tertinggi di dunia 40% setahun


3)China hny berpengalaman berhadapan kesesakan jalan raya sekitar 15 tahun yang lalu shj...  (ptut mslh xselesai)



antara kedai2 yg wujud pada waktu tu..


Pemandangan Biasa sepanjang 11 hari menjadi tahanan Highway


Gambar hari pertama..dorg xtau ada 10 hari lg...

Chatroll