Thursday, September 8, 2011
Rawatan pencucian gigi
Bolehkah gigi putih selepas rawatan mencuci gigi?
Mungkin ramai yang terkeliru dengan maksud rawatan pencucian gigi. Ada yang ingat jika gigi mereka kuning, selepas dicuci gigi akan menjadi putih. Sebenarnya tidak. Rawatan pencucian gigi adalah bertujuan untuk membuang karang-karang gigi, plak-plak yang melekat pada permukaan gigi dan juga boleh membuang stain (tanda kotor) pada gigi disebabkan rokok, teh, kopi, milo dan sebagainya. Gigi yang semulajadinya sudah kuning tidak boleh diputihkan dengan cara ini. Kekerapan rawatan pencucian gigi ini bergantung pada individu, ada yang perlu membuatnya setiap bulan (selalunya org yang kuat merokok sehingga banyak stain pada gigi), 3 bulan sekali ( mereka yang mempunyai masalah tulang dan gusi ), 6 bulan sekali ( kebiasaan orang) dan juga setahun sekali ( mereka yang pandai menjaga gigi dan gigi bebas dari masalah).
Ada yang berpendapat yang pencucian gigi dengan kerap akan menyebabkan gigi menjadi terhakis atau nipis. Sebenarnya tanggapan ini tidak tepat. Mata pencuci gigi itu tidaklah tajam. Ianya membuang karang gigi dengan cara getaran. Jadi selalunya semasa mencuci gigi itu gigi akan terasa ngilu ( banyak air yang dikeluarkan oleh mata pencuci ) dan kerana getaran pada permukaan gigi terutamanya kepada permukaan akar gigi yang telah terdedah akibat penurunan gusi. Jika gigi anda sihat, gusi sihat, maka proses pembersihan gigi tidaklah sakit. Kebanyakkan karang gigi suka berkumpul di leher gigi dan juga di celah gusi, jadi semasa proses pembuangan itu anda akan berasa tidak selesa kerana hujung mata pencuci gigi itu terasa seperti menyucuk gusi anda. Sekiranya anda kerap datang untuk mencuci gigi, maka karang gigi akan kurang terbentuk dan tidak susah untuk membuangnya, jadi proses pencucian gigi akan menjadi selesa.
Kebanyakkan orang takut untuk membuat rawatan pencucian gigi ini kerana meraka takut sakit.Sekiranya anda tidak tahan ngilu, anda boleh meminta agar doktor membius atau pun menyapu ubat utk menghilangkan rasa ngilu ( tetapi tak semua klinik ada ubat sapu utk menghilangkan rasa ngilu). Jika tidak mahu dicucuk atau ubat sapu, anda boleh meminta agak doktor itu berhenti sekiranya anda tidak tahan, jangan diam sahaja kerana doktor tidak akan berhenti jika pesakit tidak menyuruhnya berhenti.
Anda juga tidak perlu takut sekiranya gusi anda berdarah2 dan nampak seperti luka selepas pencucian gigi. Anda juga akan berasa satu kelainan sekiranya anda sentuh permukaan belakang gigi dengan lidah, kadang kala terasa seperti berlubang2. Semua ini adalah normal. Karang gigi akan menyebabkan gusi senang berdarah. Sebab itu semasa menberus gigi, gusi anda berdarah dan kalau gusi yang sudah dijangiti kuman dengan teruk, gusi akan berdarah walaupun tidak disentuh. Penyakit ini dipanggil gingivitis. Ia boleh diubati dengan cara pemberusan gigi dengan betul dan juga rawatan pencucian gigi. Semasa banyak karang melekat pada bahagian belakang gigi bawah, anda akan terasa licin sahaja di kawasan itu. Sebab itulah bila karang sudah dibuang, anda akan merasa keluk2 gigi dan terasa seperti gigi berlubang. Jadi janganlah takut ye..semua itu normal sahaja. Kadangkala gigi akan terasa lebih bergoyang lagi selepas pencucian. BUkan disebabkan doktor itu atau mata pencuci tetapi sebab karang gigi yang terlampau banyak di belakang gigi menyebabkan ia kurang bergoyang. BIla susah dibersihkan terasa lebih bergoyang pula gigi2 tersebut.
Dengan pencucian gigi yang kerap ( selalunya 6 bulan sekali) , pembersihan gigi yang betul di rumah, insyaallah gigi anda akan bebas dari masalah dan tahan sampai bila2. Di harap anda tidak takut untuk datang ke klinik untuk mencuci gigi selepas ini..:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
betul x3
Post a Comment