Thursday, February 26, 2009

Surat Siaran ke-16 (Mac 2009)

Pembersihan dan Keceriaan kawasan rumah masing-masing
  • Tahun 2009 adalah permulaan untuk semua penternak/ pemelihara dan pemilik kerbau dan lembu TIDAK memelihara haiwan berkenaan dalam kawasan kampung. Sila rujuk Peraturan jawatankuasa Biro Pawon atau berjumpa terus dengan ketua kampung.
  • Projek sedang berjalan - Perpaipan Gravity dan perparitan kampung
PRA-PASKA (Musim berpuasa)
  • Semua penganut Katholik adalah berpuasa pada masa ini ( 40 hari)
  • Hormatilah hari berpuasa ini dengan tidak mengadakan sebarang pesta besar-besaran (bertunang atau berkahwin)
  • 25 feb - 10 april 2009
Evening Prayer (Jalan Salib)
  • Gereja Kristus Nokotungag, Tombotuon (Setiap Jumaat)
  • 27 Feb, 6 mac, 13 mac, 20 mac, 27 mac dan 3 april 2009
  • Masa berdoa - 5.20 petang
  • Masyarakat dialu-alukan datang untuk mengukuhkan iman masing-masing
Ginawari / Bazaar
  • Ditunda sehingga Pra-Paska berakhir
  • Masa cadangan - 11 april 2009
Gotong Royong (Zon Lintanga)
  • Ahad 1 Mac 2009 ( 3 petang)
  • Penyusunan semula AJK Tertinggi KKD Lintanga 2009
  • Veneue - Kediaman En. Sammy Lawrance - Jam 7 malam
KKD Gabungan Gorotto, Lintanga dan Gayokayo
  • Perhatian kepada semua KKD Gabungan, sila adakan penyusunan semula AJK Tertinggi masing-masing secepat mungkin.
  • Sila maklumkan kepada pihak KUK Tombotuon hasil mesyuarat tersebut.
Program sekampung (semasa)
  • Gotong royong Graviti Kadaraan (7 Mac 2009)
  • Nasi disediakan, sayur-sayuran (potluck)
  • Tapai - TIDAK DISEDIAKAN.... habis puasa dulu la
MESYUARAT JKKK TOMBOTUON (siaran awal)
  • Semua ketua keluarga dan wakil ahli keluarga adalah diwajibkan hadir...
  • Masa akan ditentukan kemudian..
Arahan Keselamatan semasa kampung
  • Kepada semua pemilik pondok (sulap) yang sudah usang dan kurang digunakan lagi. Sila baikpulih keadaan pondok tersebut dalam masa terdekat.
  • Jika sekiranya pondok itu terlalu usang dan tidak boleh digunakan lagi, sila aturkan masa untuk merobohkan pondok tersebut.
  • Juga kepada pemilik / penanam / penjaga pokok kelapa/pinang yang melebihi 30 kaki. Sila tebang kesemua pokok tersebut dan gantikan dengan yang baru. Ini adalah untuk keselamatan penduduk kampung - untuk mengelak bencana seperti pokok tumbang atau buah kelapa jatuh atas kepala..
  • Ini adalah salah satu program untuk keceriaan kampung - menanam semula pokok pinang / kelapa secara teratur.
  • KEPADA SEMUA PEMILIK / PENJAGA (HAIWAN TERNAKAN YANG SEPATUTNYA BERADA DI DALAM KANDANG ATAU REBAN). SILA SEDIAKAN KANDANG / REBAN HAIWAN TERNAKAN TERSEBUT SECARA TERATUR DAN TIDAK MELANGGAR GARIS PANDUAN MENTERNAK HAIWAN PELIHARAAN DALAM KAWASAN KAMPUNG.
  • Untuk meningkatkan taraf kesihatan penduduk semasa. Penduduk adalah dilarang sama sekali MEMBAKAR SAMPAH BUKAN ORGANIK (plastik, tayar dan sampah dari kedai) pada masa hujung minggu (jam 8 - 4 petang) - kerana masa ini kebanyakan ahli keluarga berehat di rumah.
  • Sila usahakan untuk membuang sampah plastik / tayar ini melalui MDT (Majlis Daerah Tambunan) yang datang ke kampung ini pada hari isnin dan jumaat (pagi)
- SEMUA SIARAN DALAM BLOG INI ADALAH KATA PUTUS DARIPADA PERBINCANGAN MAJORITI PENDUDUK KAMPUNG TOMBOTUON. ADALAH TIDAK BETUL SEKIRANYA SESORANG INDIVIDU MENGANGGAP APA YANG DIMILIKINYA DALAM KAWASAN KAMPUNG INI ADALAH MILIKNYA SECARA PERSENDIRIAN. HIDUP BERTOLERANSI ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MONOPOLI. Disiarkan oleh Setiausaha JKKK Kg. Tombotuon

No comments:

Chatroll