Monday, April 20, 2009

Surat Siaran ke - 17 ( 12 April 2009 )

Pembersihan dan keceriaan kawasan masing masing
  • Bermula daripada Januari 2009, masyarkat kampung adalah sama sekali dilarang untuk memelihara kerbau atau sapi di kawasan kampung (Arahan Ketua Kampung)
  • Sila bersihkan kawasan rumah dan persekitaran masing-masing.
  • Elakkan sebarang takungan air untuk mengelakkan wabak denggi dan Adeas
Program kampung (semasa)
  • Gotong royong semasa (17 April - 2009)
  • 1 put beras dan bawa sayur masing-masing
  • Lelaki - potong rumput dan kumpul sampah
  • Perempuan - Bersihkan bunga dan tanam herba
  • Ketua Kebersihan - Antuniass Sumpalon, Pembantu - Mark Sidek
  • Ketua Keceriaan - Petrus Mambut
  • Ketua Dapur - Julitah Sumpalon
Hari Potensi TABIKA KEMAS
  • Kampung Tombotuon adalah sebagai tuan rumah peringkat Pedalaman (Tambunan, Keningau, Nabawan, Tenom)
  • Masa: 24 April 2009
  • Hari : Jumaat
  • Semua masyarakat dialu-alukan untuk melibatkan diri dalam aktiviti ini.
  • Keselamatan , keceriaan dan kebersihan kampung hendaklah dititikberatkan semasa berlangsungnya aktiviti ini.
Mesyuarat JKKK Tombotuon
  • Masa dan tarikh akan ditentukan kemudian
Pondok usang dan Pokok kelapa/ pinang (Bahagian 2)
  • PERHATIAN:
  • Kepada semua pemilik dan penjaga pondok usang hendaklah merobohkan pondok yang tidak digunakan lagi. Sekiranya pondok itu masih boleh dibaiki, sila aturkan masa dan perbaiki pondok tersebut secara teratur.
  • Pokok kelapa atau pinang yang terlalu tinggi (melebihi 30 kaki) perlu ditebang dan digantikan dengan pokok baru.
Ternakan (Ayam, Itik, kerbau dan lain-lain)
  • Kepada pemilik binatang ternakan, bersedia dari sekarang untuk menyediakan kandang dan reban agar ternakan tidak berlegar-legar di kawasan rumah orang lain dan tidak merosakkan tanaman serta kolam orang lain.
  • Ternakan yang dikenalpasti merosakkan tanaman orang lain akan diambil tindakan ( korban untuk gotong royong akan datang)
Tarikh Mangasok (Parai Tounan)
  • Bermula 1 hingga 15 mei adalah masa untuk mangasok (membenihkan anak padi untuk ditanam ke sawah padi)
  • (Sama-sama mangasok dan sama-sama mongomot)
Disiarkan oleh: Charles Julius Setiausaha JKKK Kg Tombotuon, Tambunan.

1 comment:

nasayoek said...

Salam . Adakah perkara ini telah di bawa ke mesyuarat bersama penduduk kampung ? Maksud saya bersama semua penduduk dan bukannya diputuskan secara unilateral oleh Ahli JKKK . Last week saya kembali ke Tombotuon , terdapat protes senyap oleh sebahagian masyarakat berkaitan perkara - perkara tersebut .

Chatroll