Tuesday, March 8, 2011
Program Bumi Hijau (Jabatan Pertanian Sabah)
Pewujudan semula Program Bumi Hijau (Amalan Bercucuk Tanam) telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 19 Oktober 2006.
Matlamat utama program ini adalah untuk menggalakkan rakyat bercucuk tanam bagi mengeluarkan sendiri bahan makanan harian. Langkah ini diharap dapat membendung impak kenaikan harga barangan makan serta meringkan beban kewangan kesan kenaikan kadar inflasi.
Program ini akan dapat mewujudkan kesedaran dan minat rakyat terhadap pertanian terutama di kalangan penduduk-penduduk taman perumahan di bandar dan luar bandar. Program ini juga diharap dapat mewujudkan kesedaran terhadap makanan segar, berkhasiat dan selamat dimakan di samping persekitaran perumahan yang cantik dan menarik.Program Bumi Hijau terdiri daripada 3 komponen iaitu Tanaman (Bercucuk Tanam), Ternakan dan Akuakultur.
Amalan bercucuk tanam yang akan dilaksanakan berkonsepkan “kitchen garden” atau “edible landscape” dengan tanaman makanan yang bersesuaian dengan ruang yang sedia ada untuk keperluan keluarga.
Program ini menekankan konsep pengeluaran makanan hanya untuk kegunaan sendiri sahaja. Jenis tanaman yang boleh ditanam terdiri daripada sayur-sayuran daun dan buah, herba dan ulam-ulaman yang boleh dituai secara berterusan.
Program ini ditujukan kepada semua rakyat dengan fokus utama disasarkan kepada penduduk taman perumahan, penghuni rumah pangsa dan murid-murid sekolah.
Bagi menjayakan program ini, anak-anak pokok ditanam di dalam bekas mudah alih seperti pasu, polibeg dan seumpamanya atau di atas tanah kosong milik kerajaan, majlis tempatan, swasta, rumah ibadat dan sebagainya yang berhampiran.
Tanaman sayur-sayuran dan ulam-ulaman seperti sawi, bayam, cili, terung, selom dan herba seperti daun kari, daun kunyit sesuai dilaksanakan untuk Program Bumi Hijau ini.
Komponen Ternakan boleh melibatkan aktiviti pemeliharaan ayam kampung untuk daging dan telur.
Akuakultur pula melibatkan aktiviti ternakan ikan keli dalam tangki kanvas, ternakan ikan jenis tilapia dalam sangkar dan pelepasan benih ikan dalam kawasan pengairan umum.
UNTUK KETERANGAN LANJUThttp://www.sabah.gov.my/tani/s4_mak_pertanian/informasi_terkini_bumi_hijau.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
marilah kita menanam pokok.
jangan tebang pokok.
Post a Comment