Monday, April 30, 2012

ANUGERAH DESA CEMERLANG 2012

Di sekitar tempat saya ini terlibat dengan program Anugerah Desa Cemerlang. Secara ringkasnya antara objektif program ADC ini termasuklah :-

Menilai prestasi dan pencapaian kampung ke arah maju, menarik dan menguntungkan serta mewujudkan masyarakat yang cemerlang bersesuaian dengan matlamat negara maju.
Memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar kepada kepemimpinan kampung bagi melahirkan kampung yang mapan dan dinamik.
Memberi pengiktirafan dan galakan kepada kepimpinan kampung atas kejayaan yang telah dicapai.

Menjadi kampung contoh, role model atau mentor kepada kampung-kampung lain dalam usaha memajukan semua kampung yang ada serta melaksanakan pengupayaan komuniti luar bandar.
Antara aspek-aspek yang diukur dalam sesebuah kampung itu juga ada pelbagai kategori. Antara kategorinya adalah :-

Kepimpinan - (20%)
Pendidikan - (20%)
Ekonomi - (20%)
Kebersihan dan Kesihatan - (10%)
Keceriaan dan keindahan - (10%)
Kerohanian & sivik - ( 10%)
Teknologi Maklumat & Komunikasi - (10%)

Jadi, adakah kempung sahabat blogger semua ada menghantar penyertaan untuk memasuki pertandingan ini ? Jawapannya harus ditanya kepada semua Pengerusi JKKK atau Ketua Kampung sahabat blogger semua. Jangan kita tidak kenal Ketua Kampung kita sudah la ya hehehehe.....Oh ya, untuk keterangan lanjut boleh hubungi lawan web Institut Kemajuan Desa atau INFRA disini.

No comments:

Chatroll