Saturday, December 3, 2011
Borang Bantuan RM 500
Pendaftaran Permohonan Bantuan Tunai RM500 boleh dibuat mulai 10 Dis 2011 ini. Sekiranya permohonan itu diluluskan, pembayaran Bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari tahun 2012. Isi rumah yang layak untuk memohon, merangkumi;
1. Individu berkahwin, termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa.
2. Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
3. Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan
4. Warga emas sebatang kara.
5. Ketua isi rumah (lelaki atau wanita) yang berkerja sendiri juga layak untuk memohon
Tempoh Pendaftaran Permohonan Bantuan Tunai RM500 hanya akan dibuat untuk tempoh satu bulan sahaja yakni bermula dari 10 Dis 2011 hingga 9 Januari 2012. Borang Pendaftaran Permohonan Bantuan Tunai RM500 pula boleh diperolehi secara PERCUMA mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDN dan agensi-agensi Kerajaan berkaitan. Borang yang lengkap diisi hendaklah diserah kembali berserta (SATU) salinan kad pengenalan untuk tujuan proses pendaftaran.
Bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini dengan peruntukan sebanyak RM2.6 bilion.
BORANG BR1M
http://www.4shared.com/document/ql3uiIct/borang-bantuan-rm500-1.html
http://www.4shared.com/document/Y2_KsGM1/borang-bantuan-rm500-2.html
Sumber Rujukan: Borang Bantuan Tunai RM500 LHDN Budget 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment