Sunday, January 29, 2012

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia)

KELAYAKAN
1. Warganegara Malaysia berumur 18-58 tahun; 2. Pemohon mempunyai jumlah pendapatan isi rumah antara RM500-RM3,000; 3. Pemohon tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman; 4. Pemohon dan/atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) iaitu Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), ASB Sejahtera dan ASW2020-Bandar; 5. Pemohon dan/atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul adalah bersamaan atau kurang dari RM10,000; 6. Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman; dan 7. Kelulusan permohonan juga adalah tertakluk kepada syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh institusi kewangan.
PERMOHONAN
Pemohon yang berminat mestilah mendapatkan borang daripada bank-bank yang terlibat mulai 30 Januari 2012**. Borang-borang yang telah lengkap berserta dokumen-dokumen yang diperlukan diserahkan kepada bank untuk disahkan dan dipertimbangkan. Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan oleh pihak bank.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Pemohon perlu menyediakan dokumen-dokumen asal dan salinan seperti berikut: 1. Kad Pengenalan pemohon - 2 salinan 2. Kad Pengenalan pasangan (jika berkenaan) -1 salinan 3. Dokumen Pengesahan Pendapatan Penyata Gaji 3 bulan terkini ATAU Penyata Bank 3 bulan terkini pemohon dan/atau pasangan. Sekiranya tiada Penyata Gaji atau Penyata Bank, perakuan dan perisytiharan yang dinyatakan dalam BPPSARA1M Bahagian C akan diguna pakai***.

No comments:

Chatroll